Powered By Blogger

Wednesday, 8 February 2012

WASIAT RASULLAH UNTUK MUSLIMAH


WASIAT RASULULLAH UNTUK MUSLIMAH
Wahai saudari muslimahku, sudah pasti setiap orang akan menghadapi dugaan dan cubaan di dalam hidup ini. Di situlah akan tergambarnya tahap keimananmu. Adakah kamu sabar atau tidak redha dengan takdir yang ditentukannya?.
Dan, di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang belayar) di laut seperti gunung-gunung. Jikalau Dia menghendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Nya) bagi setiap orang yang bersabar dan banyak bersyukur. (Asy- Syura:32-33)
Kita akan mendapati bahawa Allah akan memuji orang2 yg bersabar dan menyanjung mereka sebagaimana firmanNya: Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang2 yang benar (imannya) dan mereka itulah orang2 yang bertaqwa. (al-Baqarah:177)
Kita juga akan mendapati bahawa orang2 yang bersabar adalah orang yg dicintai Allah, sebagaimana firmanNya:Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. (ali-Imran:146)
Juga akan mendapati Allah akan memberi balasan kepada orang2 yg bersabar dengan balasan yang baik. FirmanNya: Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang2 yang sabardengan pahaka yang lebih baikdaripada yang telah mereka kerjakan. (Al-Nahl:96) Dari Abu Sa’id Al-Khudry dan Abu Hurairah r.a, keduanya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang Mukmin ditimpa sakit, letih, demam, sedih hingga kekhuatiran mengusiknya, melainkan Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya.
Sabar menghadapi sakit, menahan lidah agar tidak mengeluh, dan sebagainya merupakan bekal bagi orang Mukmin dalam perjalanan hidupnya di dunia.
Justeru itu, perbaharuilah imanmu dengan lafaz la illaha illallah dan carilah pahala di sisi Allah dengan cubaan dan dugaan yang di kurniakan padamu. Janganlah sekali-kali berkata: ‘Andaikan hal ini tidak terjadi’, tatkala menghadapi takdir Allah. Sesungguhnya tidak ada taufik kecuali di sisi Allah SWT.













Posted on April 6, 2009 by Admin
1) Doa Nabi Ibrahim untuk dirinya dan keturunannya :
(( ربي اجعلنى مقيم الصلاة ومن زريتى ربنا وتقبل دعاء ))
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang tetap mendirikan sembahyang, juga keturunanku, wahai Tuhan kami, terimalah permohonan ini”(Ibrahim:40)
2) Doa Nabi Ibrahim untuk dirinya dan Puteranya :
(( ربنا واجعلنا مسلمين لك ومن ذريتنا أمة مسلمة لك ))
“Wahai Tuhan kami,jadikanlah kami berdua orang yang menyerah diri(patuh) kepadaMu,dan jadikanlah antara keturunan kami umat yang mematuhiMu” (Al-Baqarah :128)
3) Doa Nabi Zakariya bila memperoleh cahaya matanya Yahya :
(( واجعله رب رضيا ))
“Dan jadikanlah dia, wahai Tuhanku, seorang yang diredhai (Engkau)”(Maryam:6)
4) Doa Nabi Zakariya untuk Keturunannya :
(( رب هبلى من لدنك ذرية طيبة إنك سميع الدعاء ))
“Wahai Tuhanku,kurniakanlah bagiku drpd sisiMu suatu keturunan yang baik-bertaqwa,ssgghnya Engkau amat mendengar permohonan ini” (Ali-Imran:38)













Jangan Ada Benci Di Hati
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.
Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?
Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
1.     Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2.     Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3.     Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4.     Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5.     Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6.     Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7.     Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
8.     Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akanmenyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9.     Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10.   Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11.   Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12.   Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13.   Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14.   Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15.   Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16.   Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih Dahulu Baiki Diri
Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:
“Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka
Berjihad itu WAJIB
Posted on April 23, 2011 by Admin
1.     Taat kepada kedua ibubapa dalam semua perkara kecuali yang maksiat (derhaka) kepada Allah dan Rasul.
2.     Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.
3.     Berdiri apabila kedua ibubapa masuk atau mendapatkannya.
4.     Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau pada waktu-waktu lain yang munasabah.
5.     Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya.
6.     Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang diminta oleh keduanya.
7.     Berbincang dengan keduanya dalam apa jua perkara sekalipun.
8.     Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
9.     Sekiranya mereka didatangi tetamu, hendaklah anak-anak duduk di pintu, sentiasa memerhati keduanya, kalau-kalau mereka memberi isyarat supaya mengambil sesuatu dengan diam-diam (tidak diketahui tetamu).
10.   Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
11.   Tidak meninggikan suara samada di belakang atau di hadapan mereka.
12.   Tidak memotong perbualan mereka.
13.   Tidak keluar dari rumah tanpa izin keduanya.
14.   Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan atau mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.
15.   Tidak lebih memuliakan isteri dan anak-anak daripada keduanya.
16.   Tidak menghina keduanya jika mereka melakukan kerja-kerja yang tidak menyenangkan.
17.   Tidak ketawa berlebihan (berdekah-dekah) di hadapan mereka.
18.   Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.
19.   Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai makanan di hadapan mereka.
20.   Tidak tidur atau berbaring, sementara ibubapa sedang duduk melainkan mendapat izin dari keduanya.
21.   Tidak menjulurkan kaki di hadapan mereka.
22.   Tidak masuk sebelum mereka masuk, dan tidak berjalan di hadapan (mendahului) mereka.
23.   Menjawab panggilan keduanya seberapa segera yang boleh.
24.   Memuliakan sahabat-sahabat mereka, baik ketika mereka masih hidup atau setelah mereka mati.
25.   Tidak bersahabat atau bergaul dengan orang-orang yang tidak taat dan derhaka kepada kedua ibubapa mereka.
26.   Selalu mengucapkan doa kepada keduanya terutama sekali jika keduanya telah mati, sebagaimana maksud firman Allah di dalam al-Quran: Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik aku pada masa kecil


Posted on April 23, 2011 by Admin
Berbuat baik kepada kedua ibubapa bukanlah berakhir setelah kematian mereka, tetapi hendaklah diteruskan selepas kematian mereka. Antara yang boleh dilakukan ialah:
1.Menyembahyangkan jenazahnya. Jika ia anak lelaki maka lebih utama ia mengimamkan solat jenazah ke atas kedua ibubapanya serta membaca doa bagi mereka.
2.Sentiasa memohon keampunan dosa kedua ibubapa. Ini antara tanda anak yang soleh.
3.Menunaikan janji yang belum sempat ditunaikan oleh ibubapa sebelum kematiannya. Janji ini tarmasuk sedekah jariah, wakaf dan sebagainya.
4.Berbuat baik kepada sahabat baik ibu bapa seperti meneruskan hubungan silaturrahim dengan sahabat baik mereka.Rasulullah bersabda; “Sesungguhnya termasuk perbuatan yang paling baik ialah meneruskan silaturrahim dengan sahabat baik bapanya sesudah bapanya meninggal”. Riwayat Muslim.
5.Membantu keluarga yang dahulunya dibantu oleh ibubapanya. Abu Daud meriwayatkan satu hadis: Telah datang seorang bertanya kepada Rasulullah adakah sesuatu kebaikan yang masih ia dapat dilakukan kepada ibubapanya sesudah mereka meninggal dunia. Rasulullah menjawab “Ada; iaitu mendirikan solat jenazah bagi keduanya, berdoa meminta ampun bagi keduanya, melaksanakan apa yang menjadi janji keduanya, memuliakan orang yang menjadi sahabat keduanya dan memberi pertolongan kepada keluarga yang bergantung kepada keduanya”. Riwayat Abu Daud

Posted on April 25, 2011 by Admin
Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: “Apakah benda yang bergantungan itu?” Jawab iblis; “Inilah syahwat yang aku pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia. “Nabi Yahya kemudian bertanya: “Apakah yang ada pada syahwat itu?” Jawab iblis: “Kadang- kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan zikir.” Nabi Yahya terus menjawab; “Demi Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga terlalu kenyang.”
Terlalu banyak makan boleh menyebabkan pekerti tercela iaitu:-
1.Menghilangkan rasa takut kepada Allah daripada hati manusia.
2.Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk daripada hati orang yang kenyang kerana menganggap orang lain kenyang seperti dia.
3.Kenyang boleh menyebabkan seseorang itu berat untuk taat beribadat.
4.Sewaktu mendengar kata-kata hikmah; orang yang terlalu kenyang tidak dapat menangkap dan merasakan kehalusannya.
5.Jika orang yang kenyang itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.
6.Terlalu kenyang boleh menimbulkan pelbagai penyakit.

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

No comments:

Post a Comment