KOLEKSI RESIPI NASI
KANDUNGAN
NASI
-
Nasi Al-Ambra
-
Nasi Ayam Bermadu
-
Nasi Ayam Claypot
-
Nasi Ayam Hakka
-
Nasi Ayam Lebanon
-
Nasi Briyani Daging/Kambing
-
Nasi Beriyani Sayur
-
Nasi Buqari
-
Nasi Bohari Ayam
-
Nasi Dagang
-
Nasi Dhal bersama Majerin
-
Nasi Goreng
-
Nasi Goreng Sayuran
-
Nasi Minyak Berkismis
-
Nasi Nenas
-
Nasi Paprik
-
Nasi Paprik (2)
-
Nasi Tomato
1. NASI
Nasi Al-Ambra
Bahan-Bahan
Untuk
6 hidangan
Bahan A:
1
kg beras basmati
(dicuci
& direndam selama 30 minit)
1
batang kayu manis
3
biji pelaga
3
kuntum bunga cengkih
3
helai daun pandan (dicuci & dipintal)
3
sdm minyak kacang
1/2
cawan susu rendah lemak
5
ulas bawang putih (dikisar)
4
sm halia (dikisar)
1.5
liter air
1
sdt garam
Bahan B:
500
g lobak merah
(dicuci
bersih & dipotong dadu)
400
g kacang buncis (dihiris halus)
500
g daging lembu tanpa lemak (dikisar)
3
biji putih telur
1/2
sdt garam
1
sdt serbuk lada hitam
Cara Cara
Bahan A:
·
Tumis bawang putih, halia kisar bersama kayu manis, bunga
cengkih dan pelaga
·
sehingga wangi.
·
Masukkan daun pandan dan susu rendah lemak.
·
Apabila sudah mendidih masukkan beras dan masak sehingga
tanak.
Bahan B:
·
Masak daging di atas kuali hingga separuh kering.
·
Masukkan lobak merah, kemudian masukkan kacang buncis, garam,
lada hitam dan putih telur.
·
Kacau sehingga rata.
·
Campuran daging ini di masukkan ke dalam nasi yang sudah
tanak dan dikacau rata.
Bahan-bahan untuk
salad:
7
batang lada merah (dikisar halus)
1/4
sdt garam
1/2
sdm gula timbang (brown sugar)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
2
sdm daun ketumbar (dihiris)
1
biji jus limau kasturi
Cara-cara:
·
Satukan semua bahan-bahan dan gaul rata.
NASI AYAM BERMADU
Bahan-bahan
1/2
ekor ayam
1
bungkus sup bunjut ADABI
3
sudu besar madu
2
sudu besar sos tiram
Garam
dan lada sulah secukup rasa
Tumbuk
5
ulas bawang merah
5
ulas bawang putih
1
inci halia
Cara-cara
·
Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga
wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.
·
Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15
minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.
·
Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk
nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama
dengan banyak air kalau masak nasi biasa.
·
Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit
hirisan bawang putih, sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab
ayam dah masak).
NASI AYAM 'CLAYPOT'
Bahan-bahan (A)
11/2
sudu besar minyak masak
2
ulas bawang putih, dicincang
2
ulas bawang merah, dicincang
20g
ikan masin, dihiris
Bahan-bahan (B)
250g
kepingan ayam
15g
halia muda, dihiris
4
keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1
sudu besar kicap pekat
1
sudu besar sos tiram
1
sudu teh minyak bijan
Cara-cara
·
Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama
2-3 minit.
·
Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau
sekali-sekala.
·
Campur Bahan B dan masak selama 1-2 minit Masuk beras dan
air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan MEDIUM selama 18-20
minit, kacau hanya sekali.
Nasi Ayam Hakka
Bahan-bahan:
1
ekor ayam segar
Kicap
cair (Cap Camel)
Minyak
Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang
putih 3 biji
1
ketul kecil halia
Beras
2 tin susu
1
sudu besar garam
1
sudu kecil Ajinamoto
Sedikit
lada putih
Cara memasak:
·
Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu
lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha
ayam dengan senang dapat ditembusi.
·
Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti
menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
·
Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam
tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur
sewaktu kita memotong ketika panas.
·
Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan
kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1
inci lebih dari paras beras)
·
Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan
terlalu garing).
·
Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam,
Ajinamoto dan lada putih.
·
Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
NASI AYAM LEBANON
Bahan-bahan
1
ekor ayam dipotong lapan
1/2
camca kecil serbuk kulit kayu manis ( A )
1/2
camca kecil serbuk lada hitam ( A )
1/2
camca kecil serbuk "all spice" ( A )
Sedikit
garam
20
biji badam
4
labu bawang besar dihiris
6
ulas bawang putih dicincang halus
1
tin besar buah tomato
1
camca besar tomato puri
1/4
cawan kismis hitam
6
buah pelaga ( B )
2
kuntum bunga lawang ( B )
1
batang kulit kayu manis ( B )
3
cawan beras basmati
3
cawan air rebusan ayam
Segenggam
daun ketumbar dicincang halus
8
camca besar mentega
Minyak
untuk menggoreng ayam
Cara-cara
·
Gaulkan ayam dan bahan A. Panaskan minyak gorengkan badam
dan keluarkan sebentar. Masukkan ayam dan bawang, goreng sampai garing sedikit.
·
Tuangkan tomato puri dan sedikit air.
·
Tambahkan garam dan masaklah sampai empuk. Keluarkan ayam
dan asingkan sosnya.
·
Di periuk yang lain, tumiskan bahan B dengan mentega serta
kismis hitam.
·
Masukkan kuah tomato, ayam dan air rebusan ayam lalu
didihkan.
·
Masukkan beras dan garam dan tanaklah umpama masak nasi.
·
Apabila masak sajikan bersama ayam, badam goreng dan daun
ketumbar di atas.
NASI BERIYANI DAGING/KAMBING
Bahan - bahan NASI BERIYANI
4
tin (tin susu cair) beras Basmathi
4
tin air
5
camb susu cair
5
ulas bawang merah - dikisar
5
ulas bawang putih - dikisar
garam
1
tangkai daun bawang, daun sadri dan daun pudina
sedikit
kekuma direndam dengan air mawar dan pewarna kuning
Buah
pala - mcm buah getah, kupas kulit yang kering, ambil isinya.
Minyak
daripada kuah beriyani
Cara-cara
·
Tumiskan bawang yang telah dikisar Masukkan air, susu, daun
bawang, sadri dan daun pudina serta garam biarkan mendidih.
·
Masuk beras yang telah di tos agak-agak nak kering, masukkan
kekuma yang telah direndan kesemuanyanya dan juga minyak daripada kuah
beriyani. tutup dan biar kan
api perlahan
Bahan-bahan DAGING BERIYANI
2
kilo Daging lembu/kambing (yang fresh)
4
camb rempah beriyani (selalu beli kat Muar)
4
biji bawang besar goreng hingga garing
10
ulas bawang putih }
10
ulas bawang merah }dikisar
50
gm halia }
5
kuntum bunga cengkih ] rempah kasar
5-6
bunga lawang ] digoreng tanpa
5-6
buah pelaga ] minyak dan
2
batang kulit kayu manis] dikisar halus
1
biji buah pala kering ]
4
tangkai daun pudina }
4
tangkai daun sadri }dimayang halus
4
tangkai daun bawang }
4
tangkai cili hijau - dikisar
3
biji tomato buah - dicincang
3
camb tomato puree
100
gm kismis
150
gm gajus - digoreng
1/2
tin susu cair
2
biji limau nipis (limau ini diperah di atas susu cair untuk dijadikan tairu)
Garam
secukup rasa
1
cawan Minyak Mazalo dan 3 camb besar minyak sapi untuk menggoreng bahan bawang,
kemudian biji gajus dan akhir sekali goreng rempah beriyani yang dicampurkan
dengan rempah kasar yang telah dikisar halus
Cara-cara
·
Potong daging jangan terlalu kecil (agak-agak dlm 4-5 inci)
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar, daun pudina, daun sadri,
daun bawang, cili hijau, tomato buah, tomato puree, kismis, garam dan gaulkan
bersama serta perap dalam 1 jam.
·
Kemudian masukkan rempah yang telah digoreng tadi bersama
dengan minyaknya sekali, bawang goreng dan jagus. Biar di atas api sehingga
daging empuk.
·
Masukkan tairu dan biar di atas api perlahan. Apabila dah
cukup masak, minyak akan timbul dan ambil minyak tersebut untuk dijadikan
tumisan Nasi Beriyani.
Nasi Beryani Sayur
Bahan-Bahan
½
cawan beras beriani
400g
sayur campuran
2
sudu kecil serbuk perasa ayam
4
sudu besar minyak sapi
2
sudu besar minyak
2
sudu besar serbuk masala
garam
secukup rasa
3
batang kayu manis
2
biji bunga lawang
air
secukupnya
daun
sup dihiris secukupnya
1
batang cili merah dihiris
2
helai daun pandan
Cara Cara
·
Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam bekas khas untuk
ketuhar gelombang mikro. Kemudian masukkan air secukupnya mengikut sukatan
beras.
·
Masukkan minyak sapi dan minyak.
·
Kemudian masukkan serbuk masala, daun pandan, kayu manis dan
bunga lawang. Gaulkan sehingga rata.
·
Masukkan pula garam, perasa ayam dan sayur campuran. Gaulkan
lagi sehingga rata.
·
Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 3 – 4 minit
pada panas sederhana.
NASI BUQARI
Resepi
ini asalnya dari Timur Tengah
Bahan-bahan
3
pot beras - basuh dan toskan air
1/2
ekor ayam - dipotong sederhana besar
sebiji
terung bulat yg kecil - potong bulat
1/2
biji ubi kentang - potong dadu
bunga
kobis - potong biasa
2
inci karet - di potong memanjang dan kurus2
garam
sedikit
aji nomoto jika suka
Bahan menumis
5
ulas bawang merah
1
ulas bawang putih
1/2
inci halia
1
sudu makan rempah campuran - boleh dapat di supermarket, warnanya perang
bunga
lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - anggaran sendiri
Cara-cara
·
Tumis bawang,halia,bunga
lawang,kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih - hingga kekuningan, masukkan
rempah campuran.
·
Kemudian masukkan ayam dan sedikit air, biar ayam ½ masak,
masukkan terung, ubi dan bunga kobis, garam dan aji.
·
Tambah air mengikut sukatan beras, bila air mendidih
masukkan beras.
·
Masak hingga nasi masak sepenuhnya, akhir sekali masukkan
karet , kacau nasi agar ia tidak melekat dan cantik.
Nasi
Bohari Ayam
Bahan-Bahan
1/2
cawan minyak sapi/mentega
1/2
cawan kismis hitam
1/4
cawan air mawar
1
cawan krim
1
biji asam limau
2
sudu kecil koma-koma
3
sudu besar rempah bokhari
3
biji bawang besar - dihiris
nipis
10
biji bawang merah - dikisar
6
ulas bawang putih - dikisar
1
cm halia - dikisar
2
batang serai - dikisar
8
keping ayam - digoreng membal
8
helai daun pandan - diikat
1
cawan bawang goreng - dikisar
4
cawan air rebusan ayam
4
cawan beras basmati - dicuci dan
ditoskan
Garam
secukup rasa
Daun
ketumbar untuk hiasan
Beberapa
keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga
cengkih)
Cara Cara
·
Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama
bahan-bahan yang dikisar. Lalu masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga kekuningan.
·
Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan
buah tomato. Masukkan air, bawang goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit
air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir kering.
·
Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan
masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila nasi mula kering barulah dituangkan
air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.
Nasi Dagang
Bahan-bahan:
5
cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2
cawan santan pekat
4
cawan santan cair
2
sudu besar halba
10
ulas bawang merah kecil, mayang halus
6
ulas bawang putih, mayang halus
1½
inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam
dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
·
Didihkan air didalam periuk kukusan
·
Gaul beras dan santan cair dengan sedikit
gula dan garam
·
Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih
(seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
·
Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan
kukus sehingga beras masak
·
Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah
mangkuk besar
·
Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat
(masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan
gula dan garamnya.
·
Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang
Bahan A
Dua
ekor ikan tongkol sederhana besar
5
keping asam gelugor
2
inci halia, ditumbuk kasar
3
ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3
ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu
makan garam dan sesudu teh gula
Air
untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B
Santan
pekat dari satu biji kelapa
3
keping asam gelugor
5
ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4
ulas bawang putih, ditumbuk
1
inci halia, ditumbuk
Satu
peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu
sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1
cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/
melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam
secukup rasa
Minyak
untuk menumis
Cara memasak:
·
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah
jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
·
Pijarkan minyak di dalam periuk
·
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik
bau
·
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng
sehingga keluar minyak
·
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa
dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
·
Masukkan santan pekat dan asam gelugor
·
Bila mendidih masukkan gula merah
·
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam,
keluarkan asam gelugor)
·
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama
nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan:
Kelapa
parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4
sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping
ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja
Cara memasak:
·
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan
kelapa tidak pecah minyaknya.
·
Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya.
Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa.
·
Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
Nasi Dhal Bersama Majerin
Bahan-Bahan
2
tin susu beras basmati (direndam selama 20 minit)
¾
cawan dal kacang kuda (direndam selama 30 minit)
Sedikit
badam dan gajus
¾
tin susu cair carnation
1
¼ tin air
1
cube ayam
2
biji bawang (di mayang)
6
batang lobak kecil (dipotong ikut suka)
1
cawan majerin yang dicairkan dicampur dengan minyak sayuran
1
sudu makan halia yang dikisar
½
sudu makan lada puteh
Sedikit
cengkih, kayu manis, buah pelaga
Beberapa
helai daun ketumbar
2
batang serai di titik
Garam
secukupnya
Cara Cara
·
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan 2 biji bawang yang
di mayang, cengkih, kayu manis, buah pelaga, halia kisar, bawang putih kisar
dan lada putih, badam dan gajus
·
Apabila agak wangi masukkan beras, kacang dal, lobak, susu
cair, stock ayam dan air
·
Di gaul kesemuanya dan ditutup periuk hingga nasi masak.
Nasi Goreng
Bahan-Bahan
2
mangkuk nasi (digaul rata dengan sedikit garam)
1
sudu besar serbuk perasa ayam
200g
udang (dibersihkan)
200g
isi ayam (dipotong kecil)
2
sudu besar kicap cair
2
biji telur
2
sudu besar sayur campuran
1
sudu kecil serbuk lada putih
minyak
secukupnya
1
batang daun bawang (dihiris)
Cara Cara
·
Panaskan sedikit minyak lalu goreng ayam. Kemudian masukkan
udang dan telur.
·
Masukkan nasi dan gaul hingga rata. Masukkan kicap cair,
serbuk perasa ayam dan serbuk lada putih.
·
Masukkan sayur campuran dan daun bawang.
Nasi Goreng Sayuran
Bahan - bahan
800 g nasi putih
1 sudu besar kismis
12 biji buah prune tanpa biji
75 batang Kai Lan dipotong kecil
4 biji cendawan butang dipotong dadu
2 keping cendawan hitam dipotong dadu
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar kicap cair
1/4 sudu teh serbuk lada putih
800 g nasi putih
1 sudu besar kismis
12 biji buah prune tanpa biji
75 batang Kai Lan dipotong kecil
4 biji cendawan butang dipotong dadu
2 keping cendawan hitam dipotong dadu
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar kicap cair
1/4 sudu teh serbuk lada putih
Cara membuatnya
·
Panaskan minyak, masukkan batang Kai Lan, cendawan butang,
cendawan hitam dan goreng hingga masak. Campurkan nasi dan goreng hingga
sebati.
·
Masukkan perasa dan gaul rata. Angkat dan hidang.
·
Apabila menghidang taburkan kismis dan buah prune
Nasi Minyak Berkismis
Bahan - bahan
700 gram beras
100 gram bawang besar dihiris
50 gram halia dihiris
50 gram bawang putih dihiris
30 gram daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
300 gram susu segar
Garam secukup rasa
Cara membuatnya
700 gram beras
100 gram bawang besar dihiris
50 gram halia dihiris
50 gram bawang putih dihiris
30 gram daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
300 gram susu segar
Garam secukup rasa
Cara membuatnya
·
Bersihkan beras dan toskan airnya.
·
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar, halia,
bawang putih bersama kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan.
·
Masukkan beras ke dalam periuk tumisan, kemudian masukkan
air dan susu segar serta garam.
·
Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan
api perlahan.
·
Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan, taburkan kismis
di atasnya.
Nasi
Nenas
Bahan-Bahan
1
biji bawang hana besar
2
biji bawang putih
1
sudu makan serbuk kunyit – kisar dan
tumis hingga wangi
1
sudu makan gula
1
buku stok ayam
50gm udang kering
Cara Cara
·
Bersihkan 2 cawan beras dan letak di dalam
rice-cooker.Masukkan 2 cawan air dan bahan-bahan yang dikisar tadi, biarkan
masak.Nenas dibelah dua, dan keluarkan isinya.
·
Setelah nasi masak, masukkan nasi ke dalam nenas yang telah
dibuang isinya,Tabur dengan kepingan ayam dan bawang goreng.
NASI PAPRIK
Bahan-bahan
½
ekor ayam - dipotong kecil2
4
ulas bwg merah - ditumbuk
2
ulas bwg putih - ditumbuk
1
labu bwg besar - dimayang
2
btg serai - dititik
2
biji buah tomato - dipotong 4
5
biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
2
biji limau kasturi - diambil jusnya
5
helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga
kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit
sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2
perasa
Cara-cara
·
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn
terlalu garing).
·
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau
sekejap.
·
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun
limau purut dan sayur-sayuran.
·
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato.
semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
NASI PAPRIK (2)
Bahan-bahan:
5
pinggan nasi putih panas
1/2
kilo isi ayam/daging
6
biji cili api, dihiris
3
ulas bawang merah, dimayang halus
2
ulas bawang putih, dimayang
1/2
btg serai dihiris
5
sudu sos cili
2
sudu sos tomato
1
sudu sos tiram
3
btg kacang panjang dipotong
2
sudu bawang goreng
Garam
secukup rasa
sedikit
minyak masak
Cara memasak:
·
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,
serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
·
Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi
putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
NASI TOMATO
Bahan-bahan
3
tin susu beras - direndam lebih kurang 15 minit
5
sudu besar susu cair
1/2
tin tomato heinz
Bahan untuk menumis:
5
ulas bawang merah - dimayang
5
ulas bawang putih - dimayang
sedikit
buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
sedikit
halia - dimayang
daun
pandan
sedikit
minyak sapi
Cara-cara
·
Tumis minyak sapi, masukkan bahan-bahan yang hendak ditumis
bila sudah naik bau masukkan tomato serta susu cair kemudian masukkan beras dan
air.
·
Bila nasi sudah kering masukkan pula kismis jika anda suka.
No comments:
Post a Comment