Powered By Blogger

Wednesday, 15 February 2012

7 UNGKAPAN YANG TAK BOLEH DIDENGARI ANAK

7 UNGKAPAN YANG TAK BOLEH DIDENGARI ANAK





Fikirkan dulu ungkapan yang korang ungkapkan sebelum marah pada anak. Berbagai masalah rumah tangga, pekerjaan, sampai kenakalan anak membuatkan korang tidak dapat mengawal perasaan dan marah.

Bahkan tak jarang, anak-anak menjadi sasaran kemarahan korang, sama ada melalui sikap ataupun kata-kata kasar yang keluar dari mulut korang. Hati-hati bila korang sering melepaskan perkataan tatkala marah sehingga tidak dapat mengawal perasaan.

“Kata-kata boleh menjadi sumber inspirasi, tetapi juga boleh melukai perasaan,” ungkap Chick Moorman, penulis buku Parent Talk dan Spirit Whisperers.

Meskipun anak korang menimbulkan banyak masalah, sebagai orang tua tak sepatutnya korang melontarkan kata-kata yang menyakitkan bagi anak. Kesan buruk dari ucapan kasar tersebut sering kali lebih merugikan daripada yang korang bayangkan. Contohnya seperti ini:

1. “Kalau nakal, Ibu akan meninggalkanmu di sini.”
Korang mengancam dan menakuti anak-anak dengan harapan agar mereka patuh pada perintah korang. Perlu korang ketahui, ketakutan terbesar anak-anak kecil adalah tersesat sendirian dan merasa tidak selamat. Oleh kerana itu, tindakan korang meninggalkannya sendirian akan menimbulkan trauma bagi dirinya.

Alih-alih mengancam dan menakuti anak, lebih baik katakan keinginan korang dengan baik. Misalnya ketika anak merengek minta mainan, katakan saja padanya, “Aiman, kalau kamu terus merengek seperti itu, kita akan pulang sekarang. Tapi kalau kamu tidak nakal, kita akan tetap di kedai ini dan memilih belanjaan bersama.”

Alternatif lainnya adalah dengan beristirehat sejenak. Kenakalan anak dan kemarahan korang mungkin saja merupakan tanda bahawa korang atau anak perlu istirehat

No comments:

Post a Comment