Artikel Panglima Nusantara ini pernah diterbitkan oleh ahkbar
Utusan Malaysia bertarikh 23 hb. Ogos 1993. Tulisan ini lebih disasarkan kepada
pembaca daripada golongan remaja )
Nabi Muhamad SAW dilahirkan pada hari Isnin tanggal 12 haribulan Rabiul Awal Tahun Gajah. Sejak kecil baginda telah yatim piatu kerana ayahanda dan bondanya mangkat ketika baginda masih kanak-kanak lagi. Tanggungjawab untuk mengasuh dan mendidik baginda kemudiannya diambil oleh datuknya, Abdul Mutalib. Setelah kemangkatan Abdul Mutalib, bapa saudara baginda iaitu Abu Talib pula memelihara baginda. Di bawah pemeliharaan Abu Taliblah baginda dibesarkan sehingga mencapai usia remaja.
Meskipun nabi Muhamad dijaga oleh bapa saudaranya, namun baginda tidak sekadar berpeluk tubuh dan goyang kaki sahaja di rumah. Sejak awal remajanya, baginda telah bekerja sebagai penternak kambing. Gaji yang diperolehinya dipergunakan untuk tujuan makanan, minuman dan pakaian baginda, sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan beban Abu Talib yang terpaksa menyara anak-anaknya yang ramai. Tindakan baginda yang begitu, amat disenangi oleh Abu Talib dan tidak hairanlah kalau bapa saudaranya itu sangat menyayangi baginda.
Kisah tersebut menunjukkan bahawa nabi Muhamad hidupnya berdikari. Baginda tidak mengharapkan bantuan dan kasihan belas orang semata-mata. Walaupun piatu, baginda tidak sama sekali menyerahkan nasibnya bulat-bulat kepada Abu Talib. Sebaliknya baginda bangkit ke dunia nyata membanting tulang empat kerat dan berusaha dengan tangan sendiri. Ini telah mengangkat martabat baginda menjadi seorang yang bermaruah dan punya harga diri yang tinggi.
Sebagai insan biasa apatah lagi ketika usia masih belia remaja naluri untuk berhibur dan bersuka-ria memang wujud. Dalam hal ini Nabi Muhamad tidak terkecuali. Suatu ketika sedang baginda menjaga kambing-kambingnya timbul keinginan dirinya untuk menghadiri suatu pesta yang diadakan di Kota Mekah. Oleh hal yang demikian baginda menyerahkan kambing-kambingnya di bawah jagaan seorang temannya. Lalu baginda pun menuju ke Kota Mekah. Tetapi dengan kuasa Allah semasa dalam perjalanan,baginda telah tertidur. Setelah jaga, pesta itu telah pun tamat. Justeru itu baginda terus pulang sahaja. Peristiwa sebegitu telah terjadi sebanyak dua kali dalam pirode remaja baginda. Selepas daripada itu, baginda tidak berhasrat lagi untuk menyertai mana-mana pesta yang diadakan.
Kejadian tersebut menunjukkan bahawa Nabi Muhamad tidak pernah menyertai pesta, konsert atau majlis-majlis hiburan anjuran orang-orang jahiliyah. Hal ini menyelamatkan baginda daripada terjebak dengan kegiatan mungkar dan maksiat. Ini memandangkan pesta hiburan masa itu menggalakkan pergaulan bebas dan hiburan tidak terbatas di samping aktiviti perjudian, meminum arak dan perbuatan zina. Fenomena ini berlaku kerana sikap para penganjur dan penaja lebih mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira aspek nilai dan etika. Akibatnya ramai muda-mudi Mekah mengalami keruntuhan moral dan akhlak.
Masyarakat Mekah menggelarkan Nabi Muhamad sebagai pemuda Al-Amin. Gelaran ini bermaksud seseorang yang sangat dipercayai. Suatu masa berlaku perselisihan faham yang hampir menumpahkan darah di antara kabilah-kabilah Arab. Ini disebabkan mereka berbeza pendapat tentang kabilah manakah yang layak meletakkan batu Hajar Aswad ke dinding kaabah. Batu tersebut telah tanggal akibat banjir besar yang melanda Mekah. Perselisihan tersebut gagal untuk diselesaikan. Akhirnya masyarakat memberi kepercayaan kepada pemuda ‘Al-Amin' untuk menyelesaikan masalah tersebut. Baginda dengan bijaksana, meletakkan Hajar Aswad di atas kain selendangnya, dan menyuruh semua wakil kabilah memegang bucu-bucu kain tersebut. Lantas dibawa bersama-sama mendekati kaabah lalu baginda sendiri meletakkan batu itu ke tempat asalnya. Tindakan baginda ini memuaskan hati semua kabilah dan masalah itu selesai dengan aman.
Peristiwa di atas menggambarkan bakat kepimpinan Nabi Muhamad telah terserlah sejak usianya masih belia lagi. Dalam usia kebeliaannya itu baginda telah memberi sumbangan yang besar di dalam memelihara keharmonian dan kesejahteraan masyarakat serta perpaduan ummah. Peranan baginda itu telah melahirkan rasa senang dan hormat masyarakat terhadapnya.Justeru itu masyarakat Mekah menggelarkannya "Al-Amin" sebagai tanda pengiktirafan terhadap kegiatan kebeliaan dan kepimpinan baginda. Baginda pemuda harapan bangsanya.
Setelah usia Nabi Muhamad menjangkau tahap 20-an, baginda menceburkan dirinya ke dalam bidang perniagaan dan perdagangan. Baginda memperdagangkan komoditi milik Siti Khadijah bt. Khuwailid ke Syam. Urusan perdagangan dijalankan dengan penuh dedikasi, disiplin, tertib dan amanah. Natijahnya keuntungan dan laba yang diperolehi meningkat dengan berlipat kali ganda. Hal ini sudah tentu menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan Khadijah terhadap kerjaya baginda.
Kejayaan Nabi Muhamad sebenarnya terletak pada etika kerja yang baginda amalkan. Baginda seorang tokoh korporat muda yang tidak materialistik dan individualistik. Sebagai rakan niaga dengan Khadijah, baginda tidak sesekali menangguk di air keruh setelah mendapat kepercayaan penuh daripada wanita itu. Sebaliknya baginda menunaikan tanggungjawabnya dengan ikhlas, jujur dan setia. Baginda juga tidak menindas para pengguna dengan sistem riba sebagaimana yang diamalkan oleh para usahawan Yahudi waktu itu. Sekaligus ini menggalakkan pertandingan yang sihat dengan peniaga-peniaga Yahudi tersebut. Inilah faktor kejayaan baginda.
Pepatah menyatakan,tak kenal maka tak cinta. Hakikat ini berlaku pada diri Khadijah. Setelah saban hari berurusan dengan Nabi Muhamad, beliau mulai mengenali watak dan personaliti baginda. Kemuliaan pekerti dan adab sopan baginda telah menambat hati Khadijah. Melalui Nafisah bt. Manbah, Khadijah telah melamar baginda. Lamaran ikhlas itu disambut baik oleh baginda. Peminangan pula diatur oleh Amru b. Asad bapa saudara baginda. Dalam usia 25 tahun baginda pun diijabkabulkan dengan Khadijah seorang janda berumur 40 tahun tetapi masih cantik dan menarik. Kehidupan mereka seterusnya aman damai sebagai sebuah ‘Keluarga Bahagia'.
Cinta Khadijah terhadap nabi Muhamad memaparkan episod cinta yang suci lagi murni. Cinta yang dibina berdasarkan keikhlasan hati yang sejati. Perspektif cinta yang bukan menilik kepada nilai pangkat, wang, nama, pengaruh atau rupa paras. Tetapi cinta diukur dan dinilai kepada kemuliaan peribadi, kesusilaan tindakan dan kesempurnaan akhlak. Perjalanan cinta itu pula tidak sedikit pun bercampur-baur dengan kemaksiatan tetapi penuh adab dan cita-cita. Setelah menjalankan proses pemilihan dengan teliti dan rapi akhirnya, cita-cita Khadijah untuk berumahtangga tercapai dengan calon suami yang sesuai dan tepat.
Demikianlah budaya hidup masa remaja nabi Muhamad. Jelas menunjukkan baginda sentiasa mempraktikkan budaya hidup yang positif dan sihat. Baginda mengamalkan budaya kerja bukan budaya lepak. Baginda juga tidak terlibat dengan budaya berpesta-pestaan. Sebaliknya membudayakan dirinya dengan aktiviti-aktiviti masyarakat. Baginda berguna kepada masyarakat dan bukan sampah masyarakat. Seterusnya baginda tidak kenal budaya bercinta berahi tetapi hidup mengikut budaya beragama yang tahu batas sempadan halal dan haram. Begitulah murni dan sucinya budaya remaja baginda yang seharusnya menjadi contoh teladan kepada remaja-remaja masa kini. Allah berfirman

No comments:
Post a Comment