Powered By Blogger

Monday, 6 February 2012

kelebihan solat sunat tahjud


Kandungan
1. Kelebihan puasa
“Sesiapa yang berpuasa sehari di jalah Allah, nescaya Allah akan jauhkan neraka Jahannam sejauh perjalanan 100 tahun” – Rekod Nasa’i disahihkah oleh Albani.
2. Puasa sunat yang dianjurkan
3. Hari-hari yang dilarang berpuasa. Jumaat dan Sabtu tanpa diiringi hari sebelum atau selepasnya.
4. Anjuran berbuka pada hari puasa sunat
Nyata di sini, puasa bukan ibadat yang dilakukan secara bermusim. Walaupun yang fardu itu setahun sekali dalam bulan Ramadhan, namun sunnah menunjukkan nabi dan para sahabat berpuasa sunat pada hari-hari yang lain juga.
Dan galakan serta ganjaran yang dijanjikan nabi sangat besar.
Buku kecil ini sangat bermanfaat untuk dibaca dan dimiliki. Smeua fakta berdasarkan dari hadith nabi yang sahih. Tiada keraguan untuk beriman dan beramal dengannya.
November 22, 2008 by nurjeehan
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus
agamabh@bharian.com.my

Tunaikan sembahyang pada malam hari dijanjikan kedudukan terpuji di akhirat
AMALAN solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat tahajud seperti sabda Nabi SAW:
“Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, Nombor 1163.
Namun begitu hanya segelintir umat Islam pada masa kini yang prihatin dan mengambil peduli berkaitan pelaksanaan ibadat solat tahajud ini. Majoriti umat Islam lebih memilih untuk tidur.
Tahajud terbentuk daripada kata dasar hajada bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Jika seseorang berkata: Tahajjadtu bermaksud saya membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya. Al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h berkata: “Imam al-Tobari menyatakan tahajjud berjaga selepas tidur terlebih dulu.
Menurut Ibn Faris: Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat pada malam hari. Menurut al-Kurra’ pula, tahajjud adalah solat malam secara khusus.” Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 203
Oleh itu, solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling utama dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh.
Dalil disyariatkan solat tahajud ini adalah sebagaimana firman Allah SWT:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)
Abu Ubaidah menyatakan di dalam Kitab al-Majaz: “Maksud firman Allah kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu ialah berjagalah pada malam hari untuk melakukan solat.” Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 202
Dalil solat tahajud lebih utama dilakukan satu pertiga malam terakhir berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih ada baki satu pertiga malam yang akhir.
Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku akan memakbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampuninya.”
Ternyata ibadat di dalamnya ada doa, permintaan dan permohonan ampun adalah solat.
Rasulullah SAW seorang insan dijamin Allah akan masuk syurga. Baginda juga sebaik-baik manusia, malah digelar sayyid al-Mursalin, iaitu penghulu segala Rasul. Baginda insan maksum dan bebas daripada sebarang bentuk dosa.
Walaupun dengan kedudukan sedemikian, Baginda tetap bersungguh-sungguh mengerjakan solat tahajud sehingga pecah tumit kakinya. Isterinya Aisyah r.a melihat sendiri kesungguhan luar biasa Baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah masih ingin bersusah payah melakukan ibadat itu sedangkan dia seorang yang dijamin syurga.
Kisah ini disampaikan Aisyah r.a sendiri dalam sebuah hadis: Sesungguhnya Nabi SAW mengerjakan solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Aisyah berkata kepada Baginda: Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, pada hal Allah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang? Baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” Hadis riwayat al-Bukhari.
Justeru, selepas dibandingkan amalan Rasulullah SAW ini dengan diri kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa, mengapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh melaksanakan solat tahajud? Adakah kita menganggap diri kita setanding atau lebih baik daripada Rasulullah SAW?
Allah mengurniakan pelbagai keutamaan besar bagi mereka yang melaksanakan solat tahajud. Mereka mengerjakan ibadat pada malam hari akan dikurniakan kedudukan terpuji di sisi Allah di akhirat kelak yakni menjadi ahli syurga.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
1.0 Muqaddimah
Anak-anak yang dilahirkan oleh isteri kita merupakan satu ujian Allah SWT kepada kita. Sebagaimana yang telahdisebutkan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi :   
 Maksudnya “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal : 28) Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta benda yang kita perolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang halal maka beroleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebut anak-anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak yang kita didik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatan mereka.  
 2.0 Bilakah pendidikan bermula ?
Persoalan ini telah menjadi isu kepada kita hari ini. Ibubapa hari ini begitu gelisah dengan keadaan semasa anak-anak mereka. Anak-anak mereka berpeleseran tanpa hala tujuan. Suka hiburan daripada buat kerja sekolah ataupun menolong kedua-ibu bapa. Lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga sendiri. 
3.0 Rahsia Mendidik Anak-anak.
Di sini saya akan mengupas sedikit sebanyak rahsia mendidik anak-anak daripada pengalaman dan juga pemerhatian saya. Saya akan mengupasnya dengan sedikit ilmu yang ada pada saya melalui pembacaan, kuliah-kuliah, perbincangan dan sedikit pemerhatian. Mungkin ada sedikit kelemahan kerana ia tidak dibuktikan dengan sebarang kajian dan penyelidikan. Apapun saya ingin berkongsi dengan pembaca.  
3.1 Sentiasa berdoa untuk mendapatkan anak yang soleh
Berkaitan berdoa ini, kita sepatutnya mengambil contoh daripada doa Nabi Ibrahim AS. Ketika banginda berdoa dengan doa yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi :     
Maksudnya “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”
[As-Shafaat :100] Dengan berkat kesungguhan Nabi Ibrahim AS dan keyakinannya, maka Allah SWT mengurniakan kepadanya anak yang penyabar iaitu Nabi Ismail AS dengan firmanNya yang berbunyi:     
Maksudnya : “Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar” [As-Shafaat : 101] Dan banyak lagi khazanah doa para nabi dan para waliyullah yang terkandung dalam al-Quran yang saya tidak letakkan dalam risalah ini. Doa merupakan rahsia utama kepada kunci berolehnya anak-anak yang soleh. Kepada ibu bapa dan bakal bergelar ibu bapa doa amat memainkan peranan utama jika anda bekehendak anak yang soleh dan solehah. Jadi sentiasalah amalkan doa sewaktu memilih pasangan hidup, ketika bersama dengan isteri ataupun suami dan dalam semua pekerjaan. Anda akan dapat tahu natijahnya. 
3.2 Memelihara pendengaran dan penglihatan anak-anak
Rahsia pertama ialah kita sebagai ibubapa mesti mengawasi penglihatan ataupun pandangan anak-anak dan pendengarannya sejak dalam kandungan dan selepas dilahirkan.Pandangan saya ini berpandukan satu firman Allah SWT yang berbunyi :   Maksudnya “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat” Di dalam ayat-ayat al-Quran Allah SWT selalu mendahulukan “pendengaran” dan dipadankan dengan “penglihatan”. Jika diamati mengikut kajian sains semasa hari ini, semasa dalam kandungan, antara organ yang pertama terbentuk ialah telinga kemudian disusuli dengan mata. Telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat.  Disebabkan itulah disunatkan kepada setiap bapa mengazankan anaknya disebelah telinga kanan dan diiqamahkan disebelah telinga kiri apabila anaknya dilahirkan. Inilah kunci pertama untuk memastikan pendengaran anaknya mendengar kebesaran Allah SWT apabila pertama kali keluar daripada perut bumi dan akan menjadi salah seorang penduduk bumi.  Setelah beberapa hari, bayi mula membuka matanya buat kali yang pertama. Alangkah indahnya jika sewaktu dia membuka mata buat kali pertama, matanya memandang kepada kebesaran Allah SWT. Saya terfikir untuk menunjukkan bayi saya jika lahir nanti dengan al-Quran. Agar kekal dalam ingatannya bahawa al-Quran menjadi panduannya. Jadi pada anggapan saya apa yang dilihat dan didengar buat kali pertama merupakan satu perkara yang besar bagi anak-anak. 
3.3 Mendidik anak-anak dengan penuh ikhlas
Seorang ibu dan seorang bapa semestinya menyambut bayi mereka dengan penuh kegembiraan dan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh. Tetapi sejak anaknya dalam kandungan, ibubapa mestilah ikhlas untuk mendidik anak-anak. 
3.4 Mengetahui tujuan manusia diciptakan dan dilahirkan
Pemahaman dan pengetahuan tujuan Khalik menciptakan manusia mestilah difahami dan dihadam oleh para ibubapa. Bagi pandangan saya, apabila ibubapa mengetahui tentang penciptaan manusia maka akan mempengaruhi cara kasih-sayang kepada anaknya. Dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : “Dan tidak aku jadikan jin dan manusia selain daripada mengabdi kepadaKu” Maknanya jelas di sini ialah tujuan penciptaan diri kita, anak kita dan keturunan yang mungkin tidak sempat kita temui masa yang akan datang ialah satu tujuan. Tujuannya ialah untuk melaksanakan ubudiyyah kepada Allah SWT dengan sepenuh hati.  Lantaran daripada kefahaman inilah seorang wanita di zaman Rasulullah SAW menangis apabila mengetahui masih ada anaknya yang tidak syahid dalam perang Jihad Fisabillillah. Inilah hati dan seorang ibu yang mempunyai aqal dipandu oleh wahyu bukan dipandu oleh nafsu.  
3.5 Memastikan sahabat karib anaknya 
4.0 Cabaran pendidikan anak-anak di zaman moden
Satu hal yang amat penting diberi perhatian kepada ibubapa hari ini ialah mesti mengetahui cabaran yang menghalang anak-anak mereka taat kepada Allah SWT. Didikan ibubapa di rumah masih tidak menjamin anaknya menjadi taat kepada Allah SWT. Hari ini, rangkaian television, internet, bahan bacaan dan lain-lain sumber ilmu pengetahuan kebanyakkannya tidak menjurus kepada ketaatan.
5.0 Penutup 
Betapa pentingnya kita mengetahui ilmu untuk mendidik anak-anak dan rahsia untuk mendapat keturunan yang sholeh dan sholehah. Hanya abdi mereka kepada Khalik semata.      

No comments:

Post a Comment