SOLAT
TIGA RAKAAT
Seorang pemuda dikenali sebagai Mamat amat tergila-gilakan Minah
anak Pak Haji Dollah. Minah boleh dikatakan cantik juga. Mamat juga
tidak kalah dengan rupa yang kacak. Ngurat-punya-ngurat
tersangkutlah dua hati ini.
Pak Haji Dollah bukanlah jenis memilih sangat orangnya, tambahan
pulak si Mamat ini pandai mengambil hati dan suka berlakon depan
Pak Haji Dollah. Bukan main warak lagi, berkopiah di kepala Mamat.
Selepas ditetapkan hari perkahwinan pasangan itu, Mamat begitu
lancar lafaz nikahnya. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga
Haji Dollah masuk tidur kerana berkemas rumah lepas kenduri siangnya. mamat dan Minah pun lewat juga masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya,
Pak Haji Dollah mengejtkan semua isi rumah untuk solat subuh.
Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh.
Oleh kerana terlewat bangun, maklumlah malam pertama, Mamat dan Minah tidak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah.
Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya, Minah namun dia asyik
berbaring kerana penat dan membetulkan urat-urat yang lenguh
semalam.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah, menantunya tu solat sendirian
ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.
Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai
solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya
Si Mamat tadi.
"Hai Mamat kenapa solat subuh tiga rakaat?"
Dengan lantas Mamat menjawab.
"Ia ke? tiga rakaat. Rasanya sudah cukup emapt rakkat tadi," kata
mamat.
Pak Haji Dollah mengucap panjang. Minah tersenyum sipu
malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat tidak pernah
sembahyang subuh. Dia tak tahu yang solat subuh perlu
dilakukan dua rakaat.

No comments:
Post a Comment